Program perkongsian GPRO - Soalan Kerap Ditanya


Soalan Umum

K: Apa itu GPRO?

J: Grand Prix Racing Online (GPRO) adalah game pengurusan motorsport berasaskan web. Permainan ini adalah percuma MMORPG yang tidak memerlukan muat turun, hanya pelayar web. Permainan ini dimainkan oleh ribuan pemain benar dari seluruh dunia.

K: Bagaimana pendapatan dijana daripada pemain dalam permainan ini sekiranya permainan ini disediakan percuma?

J: Game ini disediakan percuma, namun game ini juga menawarkan set besar ciri penyokong tambahan kepada pemain yang membayarnya (disebut penyokong). Pemain menjadi penyokong dengan membeli kredit penyokong, kredit penyokong kemudian digunakan oleh pemain sebagai kunci untuk membuka ciri-ciri yang berbeza game. Peratusan pemain aktif yang memutuskan untuk menjadi penyokong berbeza bergantung kepada negara asal pemain, untuk negara yang lebih maju sehingga 60% dari pemain aktif adalah penyokong.

K: Saya ada soalan atau cadangan berkaitan dengan program bersama, bagaimana untuk saya hubungi anda?

J: Anda boleh menghubungi kami untuk pertanyaan, laporan pepjiat atau cadangan berkaitan program perkongsian di support@gpro.net. Apabila menghubungi kami pastikan mesej anda jelas bahawa anda menghubungi kami berkaitan program perkongsian.

K: Laman/rangkaian kami mampu menjana banyak trafik ke GPRO, apakah peraturan untuk kami?

J: Kami tidak membenarkan trafik berinsentif, spam, loker isi-kandungan atau perlayaran proksi dalam game kami. Jika anda mempunyai banyak trafik dan anda boleh menghantar lebih daripada 1000 pelawat setiap hari sila hubungi kami melalui support@gpro.net. Tanpa menghubungi kami, akaun anda mungkin ditutup dan kami tidak boleh mengira trafik yang anda hantar kepada kami!

Soalan perkongsian keuntungan


K: Bagaimana perkongsian keuntungan dikira dan siapa yang membayar VAT dan kos sistem pembayaran?

J: VAT (cukai nilai tambahan), jika berkenaan, dan kos sistem pembayaran akan ditolak daripada pendapatan yang dilaporkan. Apa yang anda lihat dalam semua statistik adalah pendapatan NET yang dijana daripada pengguna anda. Sekiranya pengguna membuat bayaran sebanyak 10€, termasuk 20% VAT (2€) dan kos sistem pembayaran adalah 1€ maka pendapatan yang dilaporkan dari pembayaran ialah 7€ dan kongsian anda ialah 3.50€. Sekiranya VAT tidak terpakai, hanya kos sistem pembayaran akan ditolak daripada jumlah keseluruhan.

K: Apakah sistem pembayaran yang tersedia untuk pemain permainan ini?

J: Kami sedang berusaha dengan sistem pembayaran utama berikut: Paypal, Xsolla, Skrill, Paysafecard, Bitpay, Sofort banking. Sistem pembayaran tempatan lain termasuk juga pembayaran SMS turut disokong di beberapa negara.

K: Siapa membayar yuran Paypal apabila saya mengeluarkan baki saya ke akaun Paypal saya?

J: Apabila kami memproses pembayaran anda melalui Paypal selalunya terdapat yuran pemindahan ke akaun lain. Yuran ini akan ditanggung oleh pihak kami.

K: Dalam statistik pendapatan harian saya memiliki pendapatan negatif, kenapa terjadi begitu?

J: Walaupun hamper tidak mungkin, sekiranya bayaran pemain dibatal-balikkan kerana caj balik, kami tidak akan menuntut wang dari pembayaran tersebut dan oleh sebab itu kami tidak boleh berkongsi apa yang tidak kami mendapat dengan anda. Kami membayar hanya untuk urus niaga yang lengkap dan kami mambuat sebaik mungkin untuk memastikan kami tidak mempunyai sebarang caj balik.

K: Bolehkah saya pindahkan pemain berdaftar ke akaun bersama yang lain dan berkongsi keuntungan daripadanya?

J: Tidak, itu tidak mungkin!

Soalan pembayaran


K: Dimanakah butang pengeluaran wang daripada akaun saya?

J: Butang untuk mengeluarkan wang dari akaun anda berada pada dashboard anda bersebelahan dengan baki yang dapat dikeluarkan. Ia akan diaktifkan selepas anda mempunyai sekurang-kurangnya 100€ dalam baki pengeluaran anda. Selepas anda membuat permintaan untuk pengeluaran wang, butang ini akan dilumpuhkan dan anda perlu menunggu pembayaran anda diproses. Apabila pembayaran selesai, anda akan melihat tarikh ia selesai dan ID urus niaga Paypal pada halaman pembayaran.

K: Berapa kerapkah saya boleh mengeluarkan wang dari akaun saya?

J: Anda hanya boleh membuat pengeluaran sekali sebulan daripada akaun anda selagi anda mempunyai sekurang-kurangnya 100€ dalam baki sah anda.

K: Berapa lamakah selepas permohonan dihantar pembayaran saya akan diproses?

J: Permohonan pembayaran mungkin tergantung sehingga 21 hari sebelum pembayaran diproses ke akaun Paypal anda.

Soalan pengkodan


K: Boleh kami mengaplikasikan permainan anda di laman kami menggunakan IFRAME?

J: Ya, anda boleh.

K: Boleh kami dihubungkan kepada permainan anda dalam bahasa tertentu?

J: Ya, anda boleh. Anda perlu memasukkan dua abjad kod bahasa di pautan perkongsian anda seperti berikut:

http://www.gpro.net/[langcode]/?portal=&placement=

Gantikan [langcode] dalam pautan dengan salah satu daripada kod bahasa berikut:

gb - English 
de - German (Deutsch)
es - Spanish (Español)
ro - Romanian (Română)
it - Italian (Italiano)
pt - Portuguese (Português)
br - Brazilian (Português)
fr - French (Français)
pl - Polish (Polski)
ru - Russian (Русский)
bg - Bulgarian (Български)
mk - Macedonian (Македонски)
rs - Serbian (Српски)
nl - Dutch (Nederlands)
be - Flemish (Vlaams)
fi - Finnish (Suomi)
lt - Lithuanian (Lietuvių)
cz - Czech (Čeština)
hu - Hungarian (Magyar)
ee - Estonian (Eesti keel)
sk - Slovak (Slovenčina)
tr - Turkish (Türkçe)
al - Albanian (Shqip)
gr - Greek (Ελληνικά)
hr - Croatian (Hrvatski)
my - Malay (Bahasa Melayu)
dk - Danish (Dansk)

Contoh: Jika anda ingin hubunkan permainan ke dalam bahasa Russia, anda perlu menggunakan pautan berikut: http://www.gpro.net/ru/?portal=&placement=

K: Apakah tujuan perletakan parameter di pautan perkongsian?

J: Parameter tidak wajib ini akan membolehkan anda menjejaki prestasi kempen berlainan yang anda jalankan untuk mempromosikan game. Anda boleh menamakan parameter ikut kesukaan. Contohnya jika anda menjalankan dua kempen yang berbeza, anda boleh mempunyai dua pautan berikut:

http://www.gpro.net/?portal=&placement=campaign1
http://www.gpro.net/?portal=&placement=campaign2

Kemudiannya anda boleh menyemak prestasi setiap kempen secara berasingan di seksyen statistik.