Grand Prix Racing Online - Terma Perkhidmatan

0. Penting

Ini adalah terjemahan rasmi percuma Terma Perkhidmatan GPRO. GPRO tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dalam terjemahan ini. Jika terdapat sebarang keraguan, versi Bahasa Inggeris adalah sentiasa tepat.

1. Penerimaan Terma dan Pindaan Dalam Penggunaan

Dengan mengakses laman web ini (www.GPRO.net), atau mana-mana halaman daripadanya, menandakan persetujuan anda kepada terma-terma dan syarat-syarat ini, yang kami berhak untuk mengubah-suai pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Jika anda tidak menerima syarat-syarat ini, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan laman web/perkhidmatan ini.

2. Akaun Ahli

You must be at least sixteen (16) years of age to register at this website. You represent, warrant and covenant that you meet this age requirement. Apabila proses pendaftaran dilengkapkan, anda akan menerima nama akaun dan kata laluan. Ini adalah tanggungjawab anda sepenuhnya untuk memastikan keselamatan kedua-dua nama akaun dan kata laluan anda. Kesemua aktiviti yang berlaku dalam log masuk dan kata laluan anda adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Dalam situasi dimana berlaku penyalahgunaan akaun atau kata laluan anda, atau sebarang pencerobohan keselamatan, anda perlu memaklumkan kakitangan Grand Prix Racing Online ("GPRO") dengan segera. Selain itu, anda juga bersetuju bahawa GPRO tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan disebabkan kegagalan anda untuk mematuhi seksyen 2.

3. Tanggungjawab Ahli dan Perlaksanaan

Anda bersetuju bahawa semua maklumat, data, garfik, teks, muzik, bunyi, video, perisian, mesej dan kesemua material lain ("kandungan") dalam laman web ini, sama ada dijadikan boleh didapati secara umum atau peribadi adalah tanggungjawab individu yang telah menghasilkan kandungan itu sendiri. Anda sebagai pengguna, dan bukannya GPRO bertanggungjawab sendiri untuk kesemua kandungan yang dimuatnaik, dikirim, atau dihantar melalui perkhidmatan yang kami sediakan. Kandungan yang dikirim melalui perkhidmatan kami tidak dikawal oleh GPRO dan oleh itu tidak dijamin ketepatannya, integriti atau kualiti kandungan seperti itu. Dengan menggunakan perkhidmatan ini anda memperakui bahawa anda mungkin terdedah kepada kandungan yang biadab, tidak sesuai atau boleh dipersoalkan. GPRO tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atau cara terhadap sebarang kandungan, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kesilapan atau pertikaian dalam kandungan, atau untuk sebarang kehilangan atau sebarang kerosakan yang berlaku akibat penggunaan sebarang kandungan yang dihantar, e-mail dikirim atau seumpamanya yang dihantar melalui perkhidmatan ini.

Anda bersetuju untuk tidak menggunakan Perkhidmatan ini untuk mengirim, memuatnaik, email atau maklumat komunikasi seumpamanya, material lain atau kandungan yang mana:

• Adalah hakcipta, kecuali jika anda adalah pemilik hakcipta tersebut atau pelesen sah untuk material seumpamanya dan anda mempunyai hak untuk membenarkan GPRO kesemua hak dan lesen berkaitan material terlibat.
• Mendedahkan rahsia perdagangan, kecuali jika anda memilikinya, atau jika anda adalah pelesen sah untuk material seumpamanya dan anda mempunyai hak untuk membenarkan GPRO hak dan lesen yang dinyatakan dalam Seksyen 8 pada Perjanjian ini;
• Sebarang harta intelektual hakmilik pihak lain atau hak publisiti atau peribadi pihak lain;
• Ianya mengancam, memalukan, mendera, memfitnah, atau merosakkan pihak atau entiti lain atau dalam pelanggaran peraturan yang boleh diaplikasikan seperti yang ditetapkan oleh GPRO;
• Ianya berbentuk lucah-seksual;
• Boleh merosakkan sebarang pihak lain dalam apa jua cara
• Pengiklanan atau solisitasi perniagaan, kajian, pertandingan, surat berantai atau skim piramid;
• Mengandungi virus, kuda Trojan, cecacing, bom masa, atau rutin pengaturcaraan komputer lain atau enjin yang bertujuan untuk merosakkan, menyebabkan pintasan atau melumpuhkan sebarang sistem, data atau maklumat.

Anda seterusnya bersetuju untuk tidak:

• Menggunakan sebarang maklumat biografik yang tidak lengkap, salah atau tidak tepat atau maklumat lain untuk tujuan pendaftaran Perkhidmatan ini, atau untuk tujuan pendaftaran sebarang promosi yang ditawarkan melalui Perkhidmatan ini;
• Menyamar sebagai individu atau entiti lain, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, GPRO web master, atau moderator, atau dengan salah menyatakan tau selainnya tidak mewakili afiliat anda dengan individu atau entiti;
• Menggunakan proksi umum untuk berhubung ke GPRO
• Memadam atau mengkaji semula sebarang material atau maklumat daripada pengguna lain Perkhidmatan ini;
• Mengutip, mengumpul, atau menghantar maklumat tentang individu lain, termasuk alamat e-mail, tanpa kebenaran mereka;
• sengaja atau tidak sengaja melanggar sebarang peraturan atau syarat-syarat yang boleh diaplikasikan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, regulasi oleh sebarang pertukaran keselamatan;
• "mengintai" atau memalukan pihak lain; atau mengumpul atau menyimpan data peribadi pengguna lain.
• Mengambil sebarang tindakan yang menyebabkan ketidakwajaran atau muatan besar terhadap infrastruktur Perkhidmatan ini;
• Menggunakan sebarang peranti, perisian atau rutin untuk mengganggu atau percubaan untuk mengganggu perjalanan biasa Perkhidmatan ini atau sebarang aktiviti yang dijalankan di laman ini;
• Menggunakan atau cuba menggunakan sebarang enjin, perisian, peralatan, ejen atau peranti lain atau mekanisma (termasuk tanpa browser terhad, lelabah, robot, avatar atau ejen pintar) untuk menavigasi atau mencari Perkhidmatan ini untuk mengutip atau sebaliknya mengumpul maklumat daripada Perkhidmatan ini untuk digunakan terhadap sebarang tujuan komersial;
• Membenarkan sebarang individu atau entiti lain untuk menggunakan nama pengguna atau kata laluan anda untuk mengirim atau melihat komen atau menerima material; atau
• Percubaan meranapkan, meleraikan, merobohkan, atau menyonsangkan kejuruteraan sebarang perisian atau dalam apa jua cara menghasilkan sebahagian Perkhidmatan ini tanpa keizinan sebelumnya daripada kakitangan GPRO.

Anda seterusnya bersetuju untuk tidak melanggar atau cuba melanggar keselamatan Perkhidmatan ini, termasuk, tanpa had:

• Mengakses data yang bukan milik anda atau log masuk ke dalam pelayan atau akaun yang anda tidak dibenarkan untuk akses;
• Percubaan mengimbas atau menguji kekebalan sistem atau rangkaian atau memecahkan keselamatan atau langkah pengesahan tanpa kebenaran;
• Percubaan mengganggu perkhidmatan terhadap mana-mana pengguna, perumah atau rangkaian, termasuk, tanpa had, dengan cara menghantar virus kepada, atau melebihmuat, "membanjiri", "spam", "bom surat" atau "melanggar" Perkhidmatan ini;
• Menghantar e-mail tidak sah, termasuk promosi dan/atau perkhidmatan produk atau perkhidmatan;
• Menempa sebarang kepala peket TCP/IP atau sebarang bahagian daripada maklumat kepala dalam sebarang e-mail atau kiriman. Perlanggaran sistem atau keselamatan rangkaian boleh disabitkan dalam liabiliti sivil atau jenayah.

Anda memperakui bahawa GPRO tidak mempra-skrin Kandungan, tetapi kakitangan GPRO boleh berhak (tetapi bukan bantahan) dalam keputusan mereka untuk menolak, menukar atau memindahkan sebarang Kandungan yang boleh didapati melalui Perkhidmatan ini. Tanpa menghadkan perjalanan semasa, GPRO dan kakitangannya akan berhak untuk meminda atau mengeluarkan sebarang Kandungan yang melanggar TOS atau selainnya boleh dipersoalkan. Anda bersetuju bahawa anda perlu menilai, dan menanggung semua risiko berkaitan, penggunaan sebarang Kandungan, termasuk sebarang kebergantungan pada ketepatan, kelengkapan, atau kegunaan Kandungan ini. Dalam hal ini, anda memperakui bahawa anda tidak akan bergantung pada sebarang Kandungan yang dihasilkan oleh GPRO atau dihantar ke GPRO.

Anda memperakui dan bersetuju bahawa GPRO boleh menggunakan Kandungan dan juga boleh menutup Kandungan:

(a) untuk tujuan kelicinan pentadbiran akaun anda berpandukan dengan prosedur pengoperasian piawaian GPRO dan/atau
(b) jika diperlukan oleh undang-undang atau dalam kepercayaan bahawa sebarang penyambungan atau penutupan adalah wajar untuk:
(c) menepati proses perundangan;
(d) melaksanakan TOS;
(e) bertindakbalas terhadap dakwaan bahawa sebarang Kandungan telah melanggar hak pihak ketiga;
(f) melindungi hak, harta, atau keselamatan peribadi GPRO, penggunanya dan pihak awam.

Anda memperakui bahawa pemprosesan teknikal dan penghantaran Perkhidmatan ini, termasuk Kandungan anda, boleh melibatkan penghantaran ke atas pelbagai rangkaian dan perubahan untuk menyesuaikan dengan keperluan teknikal rangkaian penghubung atau peranti. GPRO berhak untuk menamatkan akses anda kepada sebahagian atau semua bahagian Perkhidmatan ini jika anda menarik diri daripada bersetuju dalam perenggan ini pada sebarang masa.

4. Tiada penjualan-semula perkhidmatan

Anda bersetuju bahawa anda tidak akan menghasilkan semula, menduplikasi, menyalin, menjual, menjual-semula atau mengeksploit mana-mana bahagian dalam perkhidmatan ini, penggunaan perkhidmatan ini atau akses perkhidmatan ini untuk sebarang tujuan komersial.

5. Modifikasi untuk Perkhidmatan

GPRO berhak dari semasa ke semasa, pada bila-bila masa, untuk meminda atau menamatkan, sementara atau kekal, Perkhidmatan ini(atau sebahagiannya) dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa GPRO tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau sebarang pihak ketiga terhadap sebarang modifikasi, penggantungan atau penamatan Perkhidmatan ini.

6. Penamatan

Anda bersetuju bahawa GPRO secara mutlak, boleh menamatkan kata laluan, akaun anda (atau sebahagian daripadanya) atau penggunaan Perkhidmatan ini, dan mengeluarkan dan menamatkan sebarang Kandungan dalam Perkhidmatan, untuk sebarang sebab, termasuk, tanpa had, untuk kekurangan penggunaan atau jika GPRO yakin anda telah melanggar peraturan atau bertindak secara tidak konsisten seperti yang terkandung dalam TOS. GPRO juga berhak dan pada sebarang masa menghentikan penyediaan Perkhidmatan ini, atau sebahagian daripadanya, dengan atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa sebarang penamatan akses anda terhadap Perkhidmatan ini di bawah sebarang terma TOS ini boleh dilaksanakan tanpa sebarang notis awal, dan memperakui dan bersetuju bahawa GPRO boleh dengan serta merta menyahaktifkan atau memadam akaun anda dan semua maklumat berkaitan dan fail dalam akaun anda dan/atau menyekat sebarang akses lanjut terhadap fail-fail tersebut atau Perkhidmatan ini. Selanjutnya, anda bersetuju bahawa GPRO tidak akan bertanggungjawab terhadap anda atau sebarang pihak ketiga terhadap sebarang penamatan akses anda terhadap Perkhidmatan ini.

7. Persetujuan

Anda bersetuju untuk bertanggunjawab dan tidak mempersalahkan kami dan anak syarikat kami, affiliate, pengarah, pegawai, ejen, pelesen, kontraktor persendirian, penjenama bersama atau rakan kongsi lain dan para pekerja daripada dan terhadap semua liabiliti, tuntutan dan perbelanjaan, termasuk yuran perwakilan berpatutan, dibuat oleh sebarang pihak ketiga terhadap sebarang kandungan yang anda kirimkan, hantar atau pindahkan melalui Perkhidmatan ini, penggunaan anda terhadap Perkhidmatan ini, perlanggaran anda terhadap Perjanjian ini atau sebarang hak lain.

8. Terma penolakan tuntutan

ANDA DENGAN INI MEMPERAKUI DAN BERSETUJU BAHAWA:
PENGGUNAAN ANDA TERHADAP PERKHIDMATAN INI ADALAH ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. PERKHIDMATAN INI DISEDIAKAN "SEPERTI ITU". GPRO TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU JAMINAN TERHADAP APA PUN JUA TERHADAP ANDA ATAU SESIAPA PUN YANG BERKAITAN DALAM SEBARANG CARA TERHADAP PERKHIDMATAN INI, TERMASUK MANA-MANA BAHAGIAN DARIPADANYA, ATAU SEBARANG LAMAN WEB ATAU KANDUNGAN LAIN ATAU PERKHIDMATAN YANG BOLEH DIAKSES SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK MELALUI PERKHIDMATAN INI. GPRO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG TUNTUTAN SECARA MAKSIMUM SEPERTI DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, SEBARANG DAN SEMUA PERWAKILAN DAN JAMINAN. TANPA MENGHADKAN SECARA UMUM, GPRO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP SEBARANG TUNTUTAN SEPERTI DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TERHADAP SEBARANG DAN SEMUA (i) JAMINAN PERSAUDAGARAN ATAU KETEPATAN TERHADAP TUJUAN TERTENTU, (ii) JAMINAN TERHADAP KEROSAKAN SEBARANG HARTA PERSENDIRIAN ATAU HAK PEMILIKAN PIHAK KETIGA, (iii) JAMINAN BERKAITAN KELEWATAN, GANGGUAN, KESILAPAN, DAN SEBAGAINYA DALAM PERKHIDMATAN INI, ATAU SEBAHAGIAN DARIPADANYA, (iv) JAMINAN BERKAITAN PEMINDAHAN ATAU PENGHANTARAN PERKHIDMATAN INI, (v) JAMINAN BERKAITAN KETEPATAN ATAU KEBENARAN DATA, DAN (vi) JAMINAN SELAINNYA BERKAITAN PRESTASI, BUKAN PRESTASI, ATAU SEBARANG TINDAKAN OLEH GPRO ATAU PIHAK KETIGA, SELANJUTNYA, DAN TANPA MENGHADKAN SECARA UMUM, TIADA SEBARANG JAMINAN BAHAWA PERKHIDMATAN INI AKAN MEMENUHI KEPERLUAN ANDA ATAU PIHAK LAIN. GPRO TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN , KENYATAAN ATAU APLIKASI, BAHAWA MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN MELALUI PERKHIDMATAN INI BEBAS DARIPADA KESILAPAN, GANGGUAN, JANGKITAN, ATAU KELEWATAN DALAM OPERASI. SEBARANG MAKLUMAT TENTANG PERKHIDMATAN INI TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN TANPA NOTIS, DAN KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP PERUBAHAN INI, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, PERUBAHAN HARGA, DISKAUN, DAN MASA OPERASI.

9. Had Liabiliti

DALAM APA JUA KEADAAN GPRO ATAU PERWAKILANNYA, ATAU SEBARANG PIHAK YANG TERLIBAT DALAM PENGHASILAN, PENERBITAN ATAU PENGHANTARAN PERKHIDMATAN INI, ATAU PADA SEBARANG LAMAN WEB YANG DIPAUTKAN KEPADA PERKHIDMATAN INI, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA JUA CARA SEKALIPUN SECARA LANGSUNG, KEBETULAN, BERTURUTAN, TIDAK LANGSUNG, KHAS DISEBABKAN KEROSAKAN YANG TIMBUL DARIPADA AKSES ANDA, PENGGUNAAN ATAU KETIDAKBOLEHAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI ATAU SEBARANG LAMAN YANG DIPAUTKAN KEPADA PERKHIDMATAN INI, ATAU KAITAN DENGAN SEBARANG KEGAGALAN ATAU PRESTASI, KESILAPAN, GANGGUAN, KEROSAKAN, PENANGGUHAN OPERASI ATAU TRANSMISI, VIRUS KOMPUTER ATAU TALIAN ATAU KEGAGALAN SISTEM. DALAM APA JUA KEADAAN GPRO ATAU PERWAKILANNYA ATAU SEBARANG PIHAK KETIGA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA ATAU PIHAK LAIN UNTUK SEBARANG KEROSAKAN BERTURUTAN, KEBETULAN, KHAS, ATAU TIDAK LANGSUNG YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN BERKAITAN PERKHIDMATAN INI, TERMASUK SEBARANG BAHAGIAN DARIPADANYA, ATAU SEBARANG KANDUNGAN LAIN, (TERMASUK KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PERNIAGAAN ATAU DATA, GANGGUAN PERNIAGAAN, KERUGIAN PERDAGANGAN, DAN KEROSAKAN AKIBAT DARIPADA KETIDAKTEPATAN MAKLUMAT ATAU KETIDAKSELESAAN, PENANGGUHAN, ATAU KEHILANGAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI) WALAUPUN GPRO ATAU SEBARANG PIHAK KETIGA TELAH DINASIHATKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN ATAU KEHILANGAN SEPERTI ITU.

ANDA BERSETUJU BAHAWA TANPA MENGIRA SEBARANG PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG, SEBARANG TUNTUTAN ATAU PUNCA TINDAKAN YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN INI MESTI DIFAILKAN DALAM TEMPOH SATU (1) TAHUN SELEPAS TUNTUTAN TERSEBUT ATAU PUNCA TINDAKAN YANG TIMBUL ATAU SELAMANYA DISEKAT.

10. Notis

Notis yang ditujukan kepada anda akan dibuat melalui pengumuman dalam forum, atau melalui e-mail yang dihantar kepada perkhidmatan, atau dalam seksyen pengumuman perkhidmatan. Perkhidmatan juga boleh memberikan notis perubahan TOS atau perkara lain dengan memaparkan notis atau pautan kepada anda secara umum di Perkhidmatan.

11. Perubahan

Perubahan TOS dan Polisi Peribadi boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh dilakukan tanpa sebarang notis kepada anda. Ia merupakan tanggungjawab anda untuk memastikan anda membacanya sebelum melakukan sebarang tindakan yang berkaitan dengan dokumen tersebut. GPRO akan sedaya upaya memaklumkan anda berkenaan perubahan sebegini, tetapi ianya tidak dijamin.