Peraturan permainan
Terakhir dikemaskini: Mac 28 2021, 12:35:01 (tidak dikemaskini!)


1. Gambaran

Grand Prix Racing Online adalah permainan pengurusan sukan bermotor berasaskan jaringan, di mana anda mengawal dan mempengaruhi pasukan lumba anda sendiri. Tandatangani pemandu, pengarah teknikal, dan kakitangan. Berunding dengan penaja, dan pengurus lain untuk menubuhkan pasukan. Setup kereta anda untuk kelayakan dan perlumbaan, dan set strategi anda ke arah menjadi pengurus terbaik dan menangi gelaran kumpulan Elit.

1.1 Format

Tahap tertinggi permainan ini adalah Elit, di bawahnya adalah 4 kumpulan Master, diikuti dengan 16 kumpulan Pro, 64 kumpulan Amatur dan 256 kumpulan Rookie. Kesemua kumpulan membentuk 5 tahap piramid di mana setiap tahap bersangkut paut dengan kelas-kelas tersebut dengan Elit di atas sekali, diikuti Master, Pro, Amatur dan Rookie. Apabila seorang pengurus menyertai permainan, mereka bermula di kelas Rookie terbawah dan tugas mereka adalah untuk menuju ke Elit untuk mencapai matlamat utama untuk menjadi Juara Dunia.

1.2 Perlumbaan

Setiap minggu, pada hari Selasa dan Jumaat malam pada jam 20:00 CET (Central European Time = GMT+1) kami akan simulasikan perlumbaan, di mana anda boleh tonton secara langsung di internet sementara anda berbual dengan pesaing anda di forum kami atau di bilik bual.

1.3 Menjadi seorang pengurus

Tugas pertama anda adalah mendaftar akaun anda. Apabila anda mendaftar, anda akan masukkan nama anda (anda perlu berikan nama sebenar anda) dan kemudian dipindahkan ke peringkat pertama senarai menunggu di mana anda menunggu akaun anda diluluskan. Sebaik sahaja kami meluluskan akaun anda, seterusnya anda dipindahkan ke peringkat kedua senarai menunggu dimana anda akan menunggu untuk tempat kosong dalam permainan muncul. Sebaik sahaja ia muncul anda akan memasuki kumpulan Rookie dan bersedia untuk memulakan karier anda.

1.4 Fasa permulaan

Anda akan bermula di dalam salah satu kumpulan Rookie, tahap terbawah dalam permainan ini. Anda akan menerima $30.000.000, pemandu biasa (dan agak teruk), dan kereta tahap 1 jika anda bermula sebelum perlumbaan pertama dalam musim tersebut, jika anda bermula selepas perlumbaan pertama wang anda akan dikurangkan bergantung pada jumlah baki perlumbaan musim tersebut. Belanjakan wang ini dengan berhati-hati, kerana wang yang anda akan perolehi selepas ini adalah hanya berdasarkan pada prestasi anda sebagai pengurus.

1.5 Sistem mata

Kami menggunakan sistem lama pungutan mata F1 di mana pengurus di posisi 1-8 mendapat 10-8-6-5-4-3-2-1 mata mengikut turutan.

2. Bersedia untuk berlumba

Sebelum anda mengambil bahagian dalam perlumbaan, beberapa perkara yang anda mesti lakukan untuk memastikan anda bersedia dan mempunyai peluang terbaik untuk berprestasi cemerlang.

2.1 Kemaskini kereta

Di sini anda boleh membelanjakan wang anda untuk meningkatkan keupayaan kereta anda. Terpulang kepada anda bagaimana anda meningkatkannya. Skrin menunjukkan karakteristik semasa anda, tahap bahagian kereta dan kelusuhan konfigurasi semasa kereta anda. Anda boleh memilih salah satu tindakan seperti berikut:

• Biarkan dalam keadaan tersebut.
• Beli bahagian kereta baru dengan tahap lebih rendah (Kelusuhan dikurangkan kepada kosong)
• Beli bahagian kereta baru dengan tahap lebih tinggi (Kelusuhan dikurangkan kepada kosong)
• Turun taraf kepada bahagian kereta tahap lebih rendah (pengurangan kelusuhan akan ditunjukkan sebelum turun taraf)

Petak "Kos Keseluruhan" di bahagian bawah akan memaparkan jumlah keseluruhan kos perubahan yang anda mahu lakukan. Anda juga boleh melihat baki semasa anda di bahagian tersebut.

Nota: Sebaik sahaja anda klik "kemaskini kereta", anda tidak boleh menukar mana-mana bahagian lagi sehinggalah selepas perlumbaan jadi lakukan semua kemaskini tersebut dalam masa yang sama.

2.2 Latihan dan Kelayakan

Setelah anda berpuas hati dengan persediaan kereta anda untuk perlumbaan berikutnya, anda boleh teruskan ke litar. Di bahagian atas skrin ditunjukkan kesemua lap yang telah anda jalani, tetapan yang anda gunakan, masa lap, dan jumlah masa yang pemandu anda hilang disebabkan kesilapan pemanduan.

Di bahagian kiri skrin menunjukkan litar yang akan berlangsungnya perlumbaan ini dan karakteristik litar tersebut. Turut ditunjukkan adalah masa kelayakan terbaik, dan masa perlumbaan terbaik.

Di bahagian bawah skrin ditunjukkan ramalan cuaca untuk sepanjang hujung minggu perlumbaan tersebut, ini mungkin berguna apabila memilih tayar anda dan merancang strategi pit anda nanti.

Semasa latihan anda mempunyai 8 lap untuk percubaan dan mendapatkan tetapan terbaik. Anda perlu memasukkan tetapan kereta anda, dan memilih jenis tayar untuk lap latihan tersebut. Tetapan risiko hanya mempengaruhi lap kelayakan. Hanya pilih jenis lap "Kelayakan" jika anda berpuas hati dengan tetapan anda kerana apabila anda memilih untuk menjalani lap kelayakan anda tidak boleh lagi melakukan lap latihan.

Dengan setiap lap latihan pemandu anda akan memberikan maklum balas tentang berapa hampir tetapan yang mereka inginkan berbanding dengan yang anda berikan. Kebanyakan pemandu adalah lebih baik daripada pemandu lain dalam menentukan tetapan terbaik mereka, anda perlu mengkaji sedikit bagaimana untuk mendapatkan tetapan terbaik.

Selepas anda menggunakan kesemua lap latihan anda atau telah berpuas hati dengan tetapan anda, pilih lap kelayakan. Pilih tayar anda dengan berhati-hati, kerana ini adalah jenis tayar kering yang akan anda gunakan untuk sepanjang baki Grand Prix hujung minggu anda termasuklah perlumbaan. Tetapan risiko akan mempengaruhi lap kelayakan ini, lakukan kajian untuk mendapatkan tetapan terbaik.

Sekarang anda perlu lengkapkan lap kelayakan ke-2 anda, tetapi kali ini berbeza, anda menjalani lap ini dengan minyak yang akan anda mulakan semasa perlumbaan nanti di dalam tangki kereta anda (secara logiknya kereta anda akan lebih perlahan). Lap ini digabungkan dengan lap kelayakan pertama anda untuk mendapatkan masa kelayakan terakhir. Tiada lagi peluang untuk anda berlatih atau mendapatkan maklum balas daripada pemandu anda. Anda boleh menggunakan tetapan terdahulu anda daripada lap kelayakan terdahulu dengan klikkan pada butang "Ambil tetapan daripada Kelayakan 1" atau anda boleh mengubah tetapan anda jika anda fikir anda mempunyai tetapan yang lebih baik. Tentukan jumlah minyak untuk stint pertama anda dan pilih risiko anda dan pandu lap Kelayakan 2 anda.

Anda boleh menyemak posisi grid semasa anda di halaman "Grid Permulaan".

Nota: Kos setiap lap latihan adalah $50.000 dan setiap lap kelayakan adalah $100.000.

2.3 Risk perlumbaan pemandu dan tahap tenaga pemandu

Setiap pemandu mempunyai ciri khas yang dipanggil tenaga pemandu. Ia mangambarkan keadaan pemandu dan berkaitan secara langsung dengan seberapa cepat pemandu mampu membawa kereta dalam perlumbaan seterusnya. Risiko yang lebih tinggi anda ambil dalam perlumbaan, bermakna lebih cepat tenaga pemandu akan susut semasa perlumbaan. Sekiranya tenaga pemandu anda jatuh ke 0%, pemandu anda akan habiskan baki perlumbaan tanpa risiko pada kelajuan yang lebih rendah. Bergantung kepada ciri-ciri mereka, sesetengah pemandu mungkin lebih pandai untuk menjimat tenaga mereka dalam perlumbaan. Selain itu sesetengah trek mungkin lebih membebankan daripada yang lain bagi pemandu. Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa hanya sedikit pemandu boleh memandu seluruh perlumbaan dengan risiko maksimum! Antara perlumbaan, pemandu anda akan pulih tenaga secara perlahan. Adalah sangat penting bagi anda untuk menganggarkan seberapa cepat tenaga beliau akan pulih antara perlumbaan dan berapa risiko yang dia mampu dalam perlumbaan seterusnya tanpa kehabisan tenaga. Tahap tenaga tidak akan mempengaruhi kelajuan pemandu dalam perlatihan, kelayakan dan ujian, namun pemandu anda akan kekurangan tenaga dalam kelayakannya.

2.4 Tetapan perlumbaan & strategi

Ini adalah tempat dimana anda mengesahkan tetapan dan strategi kereta anda untuk perlumbaan. Anda boleh mendapatkan tetapan anda samaada daripada Kelayakan 1 atau Kelayakan 2 atau anda boleh membuat tetapan baru. Anda juga perlu menetapkan jumlah minyak yang anda ingin isi dan tayar yang digunakan di pit. Anda juga perlu memutuskan sekuat mana pemandu anda cuba memintas, mempertahankan kedudukannya dan mendapatkan masa lap terpantas termasuk juga bagaimana dia mengendalikan situasi apabila kereta mengalami masalah dan seagresif mana tindakannya di permulaan perlumbaan.

Selepas anda berpuas hati dengan tetapan perlumbaan anda, sahkan tetapan anda. Anda boleh sahkan tetapan anda sekerap mana anda mahukan sehinggalah ke penghujung sesi kelayakan yang mana adalah 1 jam dan 30 minit sebelum perlumbaan bermula.

Ambil perhatian bahawa anda setkan muatan minyak stint pertama anda di Kelayakan 2, inilah sebab anda tidak dapat menukarnya, dan kompaun tayar kering anda telah dipilih di Kelayakan 1, yang mana inilah pilihan 1 tayar kering dan tayar basah anda.

2.5 Tayar

Setiap musim anda boleh menandatangani kontrak tayar dengan salah satu daripada enam pembekal tayar berlainan: Pipirelli, Yokomama, Dunnolop, Badyear, Michelini dan Bridgerock. Pengurus di Rookie dan Amatur hanya boleh menggunakan tayar Pipirelli (tayar paling murah) dan kontrak akan ditandatangani secara automatik untuk mereka pada permulaan musim. Sebaik sahaja kontrak ditandatangani, ia tidak boleh dibatalkan atau ditukar sehinggalah penghujung musim tersebut. Setiap pembekal tayar akan menyediakan untuk anda 4 jenis tayar kering yang berlainan: Lebih Lembut, Lembut, Sederhana, dan Keras, termasuklah satu jenis tayar basah. Lebih lembut jenis tayar tersebut ia akan pergi lebih laju tetapi ianya kurang dari segi jarak yang boleh dilalui sehinggalah tayar tersebut tidak boleh digunakan lagi. Anda perlu menguji sendiri tahap penggunaan tayar tersebut.

2.6 Minyak

Tidak semua kereta menggunakan kadar minyak yang sama, dan tidak semua pemandu menggunakan jumlah minyak yang sama, ia bergantung pada cara pemanduan mereka, anda perlu mengkaji berapa jumlah minyak kereta anda dan pemandu anda gunakan untuk mendapatkan strategi terbaik, lebih banyak minyak anda isi maka kereta anda akan menjadi lebih perlahan.

2.7 Nota berkenaan strategi

• Sekiranya hari hujan kita anggap keseluruhan litar adalah basah.
• Jelas sekali jenis tayar berbeza berfungsi lebih baik dalam suhu berbeza.
• Sesetengah pemandu tidak boleh mengambil risiko terlalu tinggi berbanding pemandu lain tanpa melakukan kesilapan.
• Tahap minyak yang anda setkan untuk hentian pit adalah tahap minyak yang kereta anda akan tinggalkan pit dalam tangkinya.
• Sekiranya kereta anda mempunyai lebih muatan minyak daripada yang ditetapkan apabila memasuki hentian pit, minyak tidak akan ditambah (atau dikeluarkan)
• Sekiranya anda telah melengkapkan Kelayakan 1, tetapi tidak sempat untuk melengkapkan Kelayakan 2, anda masih dibenarkan berlumba, tetapi akan bermula dari grid belakang, menggunakan tetapan kereta daripada Kelayakan 1 dan muatan minyak 80 liter untuk stint pertama.

2.8 Waktu akhir untuk berkelayakan dan mengemaskini tetapan dan strategi perlumbaan

Masa tutup untuk kelayakan dan setup perlumbaan dan strategi kereta anda adalah 1 jam 30 minit sebelum perlumbaan bermula. Anda tidak boleh membuat sebarang pindaan selepas masa tutup telah berlalu!

2.9 Kebolehdapatan pelayan dan penangguhan perlumbaan

Jika sistem mengalami masalah atau ia berlaku dalam tempoh 2 jam daripada masa tutup kelayakan maka perlumbaan seterusnya mungkin ditunda mengikut pertimbangan pentadbir GPRO. Pentadbir akan menilai kebaikan penggantungan perlumbaan tersebut sebelum membuat keputusan. Keputusan penangguhan perlumbaan mungkin adalah salah satu seperti berikut bergantung kepada masalah yang dialami:

• masa tutup kelayakan dilanjutkan kepada 2 jam dan perlumbaan ditangguhkan dengan jumlah masa yang sama
• perlumbaan ditangguhkan kepada 24 jam berikutnya
• perlumbaan dijadualkan semula pada hari perlumbaan berikutnya (Selasa atau Jumaat)

3. Kakitangan

Sebelum bermulanya setiap perlumbaan, anda berpeluang menandatangani pemandu baru atau Pengarah Teknikal baru. Pemandu dan Pengarah Teknikal mengambil keputusan mereka antara pukul 19:00 dan 21:00 CET pada hari Isnin dan Khamis. Anda akan dicaj sebanyak $500,000 untuk membuat tawaran awam kepada pemandu, dan semua pengurus boleh membuat tawaran kepada mana-mana kakitangan selagi keseluruhan kakitangan tidak melebihi had maksimum kumpulan mereka. Berhati-hati kerana apabila anda membuat tawaran anda akan membayar $500,000 dan ia tidak akan dikembalikan jika anda membatalkan tawaran. Sebaik tarikh akhir untuk membuat tawaran ditutup, kakitangan akan melihat semua tawaran, dan membuat keputusan berdasarkan beberapa faktor (yang, sekali lagi, terpulang kepada anda untuk mengetahui) yang ditawarkan adalah yang terbaik. Jika anda berjaya menandatangani pemandu atau pengarah teknikal, anda perlu membayar pemandu atau pengarah teknikal semasa anda pampasan yang bersamaan dengan separuh gaji mereka, untuk jumlah baki perlumbaan yang tinggal di kontrak semasa mereka.

3.1 Pemandu

Pemandu anda mempunyai rating yang dipanggil “Keseluruhan” yang mana berdasarkan kombinasi kemahirannya. Kemahiran ini menentukan faktor-faktor berbeza dalam permainan ini. Yang paling ketara adalah sepantas mana pemanduan mereka. Walaubagaimanapun, kelajuan pemanduan tidak sama bagi setiap pemandu, dan sebilangan pemandu mungkin lebih baik daripada yang lainnya bergantung pada keadaan. Pemandu yang bagus juga tidak hanya berdasarkan pada persembahan di litar, tetapi sesetengahnya mempunyai kemahiran lain yang menjadikan mereka suatu pelaburan yang lebih baik. Ianya bergantung pada anda untuk menentukan jenis pemandu yang anda inginkan, dan bagaimana kemahiran berbeza mempengaruhi apa yang berlaku sepanjang musim. Had keseluruhan pemandu berikut diaplikasikan untuk kelas-kelas berbeza:

• Pengurus di kumpulan Master tidak boleh menawarkan kontrak kepada pemandu melebihi nilai keseluruhan 160
• Pengurus di kumpulan Pro tidak boleh menawarkan kontrak kepada pemandu melebihi nilai keseluruhan 135
• Pengurus di kumpulan Amatur tidak boleh menawarkan kontrak kepada pemandu melebihi nilai keseluruhan 110
• Pengurus di kumpulan Rookie tidak boleh menawarkan kontrak kepada pemandu melebihi nilai keseluruhan 85

Jika sewaktu musim diset semula (selepas kenaikan/penyingkiran) pemandu seseorang pengurus yang disingkirkan ke kelas bawahan melebihi had ditetapkan maka pemandu tersebut akan meninggalkannya (tidak kira apakah nilai keseluruhan pemandu semasa musim set semula dilengkapkan). Perkara yang sama turut diaplikasikan kepada pengurus Rookie yang tidak dinaikkan ke Amatur dan mempunyai pemandu dengan nilai keseluruhan melebihi 85.

Jika anda membiarkan kontrak pemandu anda tamat dan tidak menandatangani pemandu baru sebelum perlumbaan maka anda tidak boleh melalui pusingan kelayakan dan menyertai perlumbaan!

Semakin meningkat usia seseorang pemandu, mereka juga akan kehilangan beberapa kemahiran mereka selepas setiap perlumbaan pada umur 35. Semakin tua semakin cepat mereka kehilangan kemahiran mereka. Pada permulaan setiap musim pemandu yang telah mempunyai banyak rekod perlumbaan dan pemandu yang melebihi umur 38 tahun akan membuat keputusan sama ada mereka akan bersara pada hujung musim atau tidak. Keputusan persaraan mereka akan dipaparkan pada profail mereka.

3.2 Pengarah teknikal

Pengarah teknikal adalah bahagian penting dalam tetapan pasukan anda. Sekali lagi, mereka memiliki attribut "keseluruhan" yang memberikan gambaran umum kebolehan mereka. Kemahiran R&D mempengaruhi tetapan kereta anda, tetapi jelas sekali mereka mempunyai kesan berbeza pada bahagian kereta yang berlainan. Koordinasi Pit mempengaruhi masa yang diambil untuk krew pit anda menjalankan servis ke atas kereta apabila ia ke pit. Pilihan untuk menandatangani Pengarah Teknikal adalah sama seperti ketika menandatangani pemandu, perbezaannya hanyalah kontrak Pengarah Teknikal tidak dapat diperbaharui. Ini kerana mereka tidak dapat dilatih jadi ianya tidak adil untuk seorang pengurus mengikat PT untuk satu jangkamasa yang lama.

Pengarah teknikal turut mempunyai attribut umur tetapi tidak seperti pemandu mereka tidak kehilangan sebarang kemahiran walaupun umur mereka meningkat. Pada permulaan setiap musim pengarah teknikal yang mempunyai banyak rekod perlumbaan dan berumur melebihi 70 tahun akan membuat keputusan sama ada mereka akan bersara pada akhir musim. Keputusan mereka untuk bersara pada akhir musim akan ditunjukkan di profail mereka.

Had berikut untuk pengarah teknikal diaplikasikan kepada kelas-kelas berbeza:

• Pengurus di kumpulan Master tidak boleh menawarkan kontrak kepada pengarah teknikal dengan attribut keseluruhan melebihi 120
• Pengurus di kumpulan Pro tidak boleh menawarkan kontrak kepada pengarah teknikal dengan attribut keseluruhan melebihi 90
• Pengurus di kumpulan Amatur & Rookie tidak boleh menawarkan kontrak kepada pengarah teknikal

Jika pada permulaan musim attribut keseluruhan pengarah teknikal seseorang pengurus yang tersingkir ke kumpulan Master atau Pro melebihi had untuk kelas tersebut maka dia akan kehilangan pengarah teknikalnya. Perkara yang sama diaplikasikan kepada pengurus yang tersingkir ke kumpulan Amatur tanpa mengira attribut keseluruhan pengarah teknikal tersebut.

3.3 Membuat tawaran kakitangan dan keputusan kakitangan (pasaran)

Apabila anda memerlukan pemandu baru atau anda ingin menukar pemandu lama anda, anda perlu membuat tawaran kepada salah satu pemandu boleh didapati yang terdapat di pasaran. Perkara yang sama turut diaplikasikan kepada pengarah teknikal.

Anda boleh membuat sehingga 4 tawaran sebelum setiap keputusan kakitangan tetapi perlu diingat setiap tawaran dicaj sekurang-kurangnya $500.000 (bergantung pada jenis tawaran) dan untuk menukar sesuatu tawaran anda perlu mengeluarkan tawaran lama, dan membuat tawaran baru anda terpaksa membayar wang tambahan. Tidak penting kepada siapa tawaran diberikan, anda boleh memberikan 3 tawaran kepada pemandu dan 1 kepada pengarah teknikal, atau 2 tawaran kepada pemandu dan 2 tawaran kepada pengarah teknikal dan begitulah sebaliknya. Bonus maksimum yang anda boleh tawarkan kepada pemandu dan pengarah teknikal bergantung pada baki wang semasa anda. Jika baki anda negatif anda tidak dapat menawarkan bonus sama sekali.

Apabila membuat tawaran yuran tandatangan tidak boleh melebihi 300% daripada gaji dalam tawaran anda. Jika anda berjaya dalam tawaran anda sebagai contoh 2 pemandu, anda akan mendapat pemandu dengan tawaran keutamaan lebih tinggi dan yang seorang lagi akan dibatalkan secara automatik.

Pemandu dan pengarah teknikal akan membuat keputusan pada hari Isnin dan Khamis (1 hari sebelum perlumbaan) antara jam 19:00 dan 21:00 CET dan tiada tawaran boleh dilakukan pada masa tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang keputusan kakitangan seterusnya sila lihat halaman "Tawaran anda".

3.4 Kakitangan dan prasarana umum

Selepas pemandu dan mungkin juga pengarah teknikal anda memerlukan kakitangan umum dan prasarana. Kakitangan tidak dikategorikan dalam bilangan, tetapi berdasarkan tahap kemahiran mereka. Beberapa kemahiran kakitangan adalah dipelbagaikan dengan situasi tertentu, perkara yang anda lakukan (atau tidak). Kemahiran lain kakitangan boleh dilatih. Semakin baik kakitangan anda, lebih tinggi gaji anda perlu bayar. Anda hanya boleh melatih kakitangan anda sekali setiap perlumbaan, tetapi latihan dihadkan kepada tahap prasarana anda. Tahap purata prasarana anda menentukan had sebanyak mana anda boleh latih kakitangan anda. Ini juga bermaksud jika anda telah melatih kakitangan anda ke tahap maksimum semasa, tetapi menuruntaraf prasarana anda (mengurangkan tahapnya di bawah nilai tertentu) kemahiran kakitangan anda juga akan turut menurun. Kakitangan adalah penting untuk pelbagai langkah dalam proses penukaran mata ujian kepada mata karakter kereta baru, tetapi juga untuk hentian pit dan rundingan tajaan.

Anda bermula tanpa sebarang prasarana sama sekali. Semakin baik prasarana anda, maka lebih tinggi anda perlu bayar untuk penyelenggaraan setiap perlumbaan. Anda boleh menaiktaraf atau menuruntaraf prasarana sekali setiap perlumbaan. Jika anda ingin menukar beberapa prasarana pada masa yang sama, anda perlu melakukannya serenta (sama seperti mengemaskini bahagian kereta). Prasarana boleh membantu dalam proses R&D atau kejuruteraan atau meningkatkan hentian pit atau aspek komersial. Prasarana yang membantu dalam proses R&D atau kerja kejuruteraan berfungsi sama seperti kemahiran R&D PT. Selepas beberapa ketika tahap prasarana anda akan menurun dan jika anda ingin mengekalkannya pada tahap yang sama maka anda perlu menaiktarafnya kembali.

Had tahap prasarana berikut diaplikasikan kepada kelas-kelas berbeza:

• Pengurus di kumpulan Master tidak boleh membeli prasarana melebihi tahap 80
• Pengurus di kumpulan Pro tidak boleh membeli prasarana melebihi tahap 60
• Pengurus di kumpulan Amatur tidak boleh membeli prasarana melebihi tahap 40
• Pengurus di kumpulan Rookie tidak boleh membeli prasarana melebihi tahap 20

Jika pada permulaan musim pengurus yang disingkirkan ke kelas bawahan mempunyai prasarana yang melebihi had dinyatakan di atas akan secara automatik dijual pada separuh harga.

4. Kajian & pembangunan, prasarana & ujian

4.1 Karakter kereta

Kereta anda dikategorikan melalui 3 nilai: kuasa (Ks), kawalan (Kw) dan Pecutan (Pc). Litar turut dikategorikan mengikut cara yang sama. Kereta dengan karakter tertentu akan menunjukkan prestasi lebih baik di litar dengan jenis yang sama. Bahagian kereta berasingan menentukan karakter kereta. Cth., semakin baik jenis enjin, maka lebih mata diperolehi untuk kuasa. Kesemua 11 bahagian berbeza semuanya ditambah berasingan kepada mata karakter kereta. Jika semua bahagian kereta pada tahap yang sama, jadi kereta anda adalah seimbang (S). Melalui ujian dan R&D anda boleh mendapat mata tambahan setiap karakter.

4.2 Ujian

Anda boleh menjalankan ujian di antara perlumbaan. Ujian dijalankan di atas dua sebab. Sebab pertama adalah untuk mempelajari beberapa perkara berkenaan permainan. Sebab lain adalah anda boleh membangunkan kereta anda. Ujian memberikan anda mata ujian. Mata ujian ini kemudiannya ditukarkan selepas beberapa siri langkah kepada mata karakter kereta. Mata karakter kereta ini kemudiannya ditambah kepada mata yang anda miliki pada bahagian kereta anda dan membuatkan kereta anda lebih laju. Ujian juga mempengaruhi attribut tertentu pemandu termasuklah attribut pengarah teknikal dan attribut kakitangan. Ujian boleh dijalankan beberapa kali di antara perlumbaan. Contoh; anda boleh menjalankan ujian, kemudian kemaskini kereta, kemudian melakukan ujian lagi. Kos untuk ujian adalah $1.000.000 dan melusuhkan bahagian kereta anda! Anda tidak boleh menjalani ujian dengan mana-mana bahagian kereta melebihi 90% kelusuhan atau apabila baki wang anda negatif.

4.3 Sesi ujian

Semasa ujian anda boleh tetapkan kereta dalam cara yang sama seperti ketika latihan. Anda juga boleh setkan keutamaan, yang akan menetapkan fokus pengetahuan diperolehi berkenaan kereta. Fokus 'uji had kereta' tidak akan memberikan anda banyak pengetahuan, tetapi berkemungkinan besar akan menghasilkan masa lap yang baik. Fokus 'tuning tetapan' akan memberikan anda maklumbalas terperinci berkenaan tetapan. Anda boleh menjalankan maksimum 100 lap dan 10 stint maksimum. Anda perlu memilih berapa jauh (bilangan lap) stint anda, minimum adalah 5 lap dan maksimum adalah 50 lap. Lap keluar dan lap masuk tidak diambil kira. Jika anda kehabisan minyak atau jika tayar anda tidak berjaya melengkapkan stint atau jika anda gagal menjalankan kesemua lap anda mempunyai preset, lap yang tidak dijalankan akan ditolak daripada baki jumlah lap ujian.

4.4 Kajian & pembangunan

Semasa memandu lap ujian, anda mendapat pengetahuan berkenaan kereta pada tiga kawasan: kuasa, kawalan dan pecutan. Pengetahuan ini ditunjukkan dalam mata ujian. Jumlah mata ujian yang anda perolehi bergantung pada fokus ujian, bilangan lap dijalankan, pemandu anda, pengarah teknikal dan kakitangan anda. Selanjutnya adalah proses automatik yang menukarkan mata ujian kepada mata karakter kereta. Secara terperincinya begini. Anda menguji dan mendapat mata ujian. Seterusnya, anda berlumba dan selepas perlumbaan pengetahuan tersebut (secara automatik) ditukarkan kepada idea baru (mata R&D). Pertukaran ini bergantung pada pengarah teknikal, kakitangan dan prasarana anda. Anda tidak perlu mempunyai PT atau prasarana untuk menjalankan Kajian & Pembangunan (R&D). Selepas setiap perlumbaan, idea baru anda (mata R&D) ditukar kepada pengeluaran (mata kejuruteraan). Kejayaan penukaran (automatik) ini sekali lagi bergantung kepada pengarah teknikal, kakitangan dan prasarana anda. Sekali lagi, anda tidak perlu mempunyai pengarah teknikal atau prasarana untuk menjalankan kejuruteraan. Selepas setiap perlumbaan, mata kejuruteraan ditukar (automatik) kepada perincian bahagian baru sedia untuk dipasang di kereta (mata karakter kereta). Kejayaan penukaran ini bergantung kepada berapa banyak mata karakter kereta tambahan melalui ujian yang telah anda miliki bagi setiap karakter kereta. Lebih banyak mata yang anda telah miliki, semakin sukar untuk anda mendapat mata baru.

Ianya penting untuk anda tahu bahawa mata yang anda perolehi melalui proses ujian, R&D dan kejuruteraan perlahan-lahan merosot mengikut peredaran masa. Jika anda berhenti menguji, mata tambahan karakter kereta akan menurun kepada 0. Semestinya, mata karakter kereta daripada bahagian lain kereta tidak dipengaruhi. Tiada had pada berapa banyak mata tambahan boleh anda dapat melalui ujian dan R&D. Mata kereta akan dibawa ke hujung musim, tetapi anda akan kehilangan sebahagiannya pada permulaan musim seterusnya.

5. Kewangan

Terdapat banyak cara mendapatkan wang dalam permainan ini, dan kami mencadangkan anda untuk mencuba dan dapatkan wang sebanyak mungkin!

5.1 Penaja

Penaja akan membayar anda sejumlah wang untuk setiap perlumbaan. Terpulang kepada anda untuk berunding dengan penaja tersebut. Cara anda berunding akan menentukan jumlah sebenar yang mereka sanggup bayar kepada anda, jadi jika mereka bertanya tentang perancangan anda, fikir baik-baik sebelum memberikan jawapan. Setiap penaja diwakili oleh beberapa attribut:

• Kewangan: Mewakili tahap kewangan penaja.
• Jangkaan: Attribut ini menunjukkan tahap keputusan yang diharapkan oleh penaja terhadap pasukan yang sedang berunding dengan mereka.
• Kesabaran: Mewakili kesabaran penaja. Semakin tinggi kesabaran penaja semakin tinggi kemungkinan yang penaja sanggup berkrompomi berkenaan perincian kontrak sewaktu proses rundingan.
• Reputasi: Mewakili reputasi penaja. Semakin tinggi reputasi mereka semakin kurang kemungkinan yang penaja akan memberikan anda kejutan.
• Imej: Mewakili keseluruhan imej syarikat di pasaran penaja.
• Rundingan: Attribut ini menunjukkan tahap kelancaran rundingan dengan penaja pada aliran biasa.

Penaja menarik diri daripada rundingan atau membatalkan kontrak aktif adalah situasi di mana ianya berkait rapat dengan cara anda berunding dengan penaja. Selepas setiap perlumbaan penaja akan membayar wang terus kepada anda, dan bergantung pada keputusan anda, mereka mungkin akan memberikan beberapa kejutan terhadap anda!

5.2 Kos perlumbaan

Pada setiap perlumbaan, anda akan membayar gaji kepada pemandu, pengarah teknikal dan kakitangan anda termasuklah kos penyelenggaran prasarana anda, sebagai tambahan kepada mana-mana kos yang anda bayar daripada pengemaskinian kereta anda. Perincian pembayaran boleh ditemui di halaman analisa perlumbaan dan juga halaman sejarah ekonomi.

5.3 Pendapatan perlumbaan

Selepas setiap perlumbaan, anda akan diberi pendapatan bagi kedudukan grid permulaan anda dan bagi kedudukan perlumbaan muktamad anda dengan wang mengikut kelas anda berlumba. Semakin tinggi kedudukan anda semakin lebih wang anda terima. Pendapatan bagi kedudukan grid anda dikira mengikut jadual berikut:

PosEliteMasterProAmateurRookie
01.$2.500.000$2.000.000$1.500.000$1.000.000$500.000
02.$2.250.000$1.800.000$1.350.000$900.000$450.000
03.$2.000.000$1.600.000$1.200.000$800.000$400.000
04.$1.850.000$1.480.000$1.110.000$740.000$370.000
05.$1.800.000$1.440.000$1.080.000$720.000$360.000
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
36.$250.000$200.000$150.000$100.000$50.000
37.$200.000$160.000$120.000$80.000$40.000
38.$150.000$120.000$90.000$60.000$30.000
39.$100.000$80.000$60.000$40.000$20.000
40.$50.000$40.000$30.000$20.000$10.000
Pendapatan daripada perlumbaan dikira berdasarkan peraturan 90% jarak perlumbaan (diterangkan di bawah) dan jadual berikut:

PosEliteMasterProAmateurRookie
01.$22.000.000$18.000.000$15.000.000$12.000.000$8.000.000
02.$21.620.513$17.671.795$14.710.256$11.748.718$7.800.000
03.$21.341.026$17.443.590$14.520.513$11.597.436$7.700.000
04.$21.061.538$17.215.385$14.330.769$11.446.154$7.600.000
05.$20.782.051$16.987.179$14.141.026$11.294.872$7.500.000
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
36.$12.117.949$9.912.821$8.258.974$6.605.128$4.400.000
37.$11.838.462$9.684.615$8.069.231$6.453.846$4.300.000
38.$11.558.974$9.456.410$7.879.487$6.302.564$4.200.000
39.$11.279.487$9.228.205$7.689.744$6.151.282$4.100.000
40.$11.000.000$9.000.000$7.500.000$6.000.000$4.000.000

Peraturan 90% jarak perlumbaan: Jika anda tidak meliputi 90% jarak perlumbaan (seperti yang dinyatakan dalam rumusan perlumbaan), anda akan menerima hanya 50% daripada pendapatan perlumbaan mengikut jadual di atas.

Ambil perhatian bahawa jarak perlumbaan 90% dikira berdasarkan jumlah pusingan untuk perlumbaan dan kemudian dibulatkan ke bawah kepada nombor bulat pusingan keseluruhan. Sekiranya perlumbaan adalah seperti 55 pusingan panjang, titik pemotongan dikira seperti berikut: 55*0.9 = 49.5 ~ 49 pusingan, bermakna anda perlu melengkapkan 49 pusingan dalam perlumbaan ini untuk memenuhi peraturan jarak 90%.

Contoh: Jika anda tamatkan perlumbaan di kedudukan 40 dalam Elite dan tidak mencapai 90% jarak perlumbaan, anda akan mendapat hanya $5.500.000 bagi kedudukan perlumbaan. Peraturan ini tidak dikuatkuasakan kepada kumpulan Rookie.

Terdapat juga bonus tambahan sebanyak $1.000.000 disediakan untuk lap terpantas dalam perlumbaan.

5.4 Kedudukan muktamad

Pada hujung musim (selepas perlumbaan terakhir), 10 pengurus di kedudukan terbaik akan diberi wang bonus tambahan (bergantung kepada kelas mereka berlumba) mengikut jadual berikut:

PosEliteMasterProAmateurRookie
01.$30.000.000$24.000.000$18.000.000$12.000.000$6.000.000
02.$22.000.000$17.600.000$13.200.000$8.800.000$4.400.000
03.$18.000.000$14.400.000$10.800.000$7.200.000$3.600.000
04.$15.000.000$12.000.000$9.000.000$6.000.000$3.000.000
05.$12.000.000$9.600.000$7.200.000$4.800.000$2.400.000
06.$10.000.000$8.000.000$6.000.000$4.000.000$2.000.000
07.$8.000.000$6.400.000$4.800.000$3.200.000$1.600.000
08.$6.000.000$4.800.000$3.600.000$2.400.000$1.200.000
09.$4.000.000$3.200.000$2.400.000$1.600.000$800.000
10.$2.000.000$1.600.000$1.200.000$800.000$400.000

5.5 Baki negatif

Terdapat beberapa kesan buruk apabila baki anda negatif. Anda tidak akan dapat:

• membeli bahagian baru untuk kereta anda
• melatih pemandu anda
• menjalankan ujian
• melatih kakitangan anda
• menaiktaraf prasarana anda
• melanjutkan kontrak pemandu anda
• menawarkan kontrak kepada pemandu yang baik bergantung pada kelas perlumbaan anda:
• jika anda dalam kumpulan Elit anda tidak dapat menawarkan kontrak kepada pemandu dengan nilai keseluruhan melebihi 110
• jika anda dalam kumpulan Master anda tidak dapat menawarkan kontrak kepada pemandu dengan nilai keseluruhan melebihi 100
• jika anda dalam kumpulan Pro anda tidak dapat menawarkan kontrak kepada pemandu dengan nilai keseluruhan melebihi 90
• jika anda dalam kumpulan Amatur anda tidak dapat menawarkan kontrak kepada pemandu dengan nilai keseluruhan melebihi 80
• jika anda dalam kumpulan Rookie anda tidak dapat menawarkan kontrak kepada pemandu dengan nilai keseluruhan melebihi 70
• membuat tawaran kepada pengarah teknikal
• menawarkan bonus kepada pemandu

Selain itu, jika baki anda melebihi $-15.000.000:

• Pengarah teknikal anda (jika ada) akan meninggalkan pasukan anda
• Motivasi pemandu dan kakitangan anda akan menjunam kepada 0
• Anda tidak akan dibenarkan untuk menawarkan pemandu gaji yang lebih tinggi daripada gaji minima yang diminta oleh pemandu ini.

5.6 Pertandingan piala dan bonus piala

Pertandingan piala adalah pertandingan sampingan di dalam kumpulan anda sendiri berasaskan 17 perlumbaan semusim dan terbahagi kepada 6 peringkat yang mana boleh memberikan anda sedikit bonus kewangan. Pertandingan piala berfungsi seperti berikut:

• 32 pengurus pertama setiap musim selepas Perlumbaan 2 akan mengambil bahagian dalam pertandingan piala (ini dianggap peringkat 1). Pasangan pesaing selepas perlumbaan 2 akan dijalankan seperti berikut: kedudukan 8 pertama dalam musim tersebut selepas Perlumbaan 2 akan disaring seperti sistem kalah mati biasa dan bakinya akan dipilih secara rawak.
• Setiap peringkat berikutnya terbahagi kepada 3 perlumbaan: 1/16 (perlumbaan 3-5), 1/8 (perlumbaan 6-8), 1/4 (perlumbaan 9-11), 1/2 (perlumbaan 12-14), perlawanan akhir (races 15-17). Untuk memenangi sesuatu peringkat seseorang pengurus perlu mengalahkan lawannya sekurang-kurangnya 2 daripada 3 perlumbaan peringkat tersebut dan kemudiannya akan mara ke peringkat berikutnya.
• Jika kedua-dua pesaing mempunyai 1 kemenangan setiap seorang dan kedua-duanya terlepas 1 perlumbaan, pemenang akan dikira berdasarkan salah seorang yang memiliki kedudukan musim yang lebih baik.
• Jika kedua-dua pengurus terlepas 3 perlumbaan maka tiada sesiapa yang akan dapat mara ke peringkat seterusnya. Bakal pencabar mereka tidak akan mempunyai pesaing di peringkat seterusnya.
• Untuk setiap peringkat yang anda lepasi anda akan memenangi sejumlah kecil bonus kewangan. Jumlah bonus bergantung pada kelas perlumbaan anda:

Elit: $1.000.000 setiap peringkat
Master: $900.000 setiap peringkat
Pro: $800.000 setiap peringkat
Amatur: $700.000 setiap peringkat
Rookie: $600.000 setiap peringkat

6. Pasukan

Pasukan adalah sekumpulan pengurus yang mahu bertanding bersama-sama. Mata mereka digabungkan mengikut kumpulan mereka, untuk memberi mata pasukan, yang digunakan untuk bersaing dengan pasukan lain. Anda boleh sama ada menyertai satu pasukan yang sedia ada, menubuhkan pasukan anda sendiri atau mengambil alih sebuah pasukan yang tidak aktif.

6.1 Menubuhkan satu pasukan

Hanya pengurus di kumpulan Elit, Master, Pro dan Amatur boleh mencipta pasukan. Kos mencipta pasukan adalah $5,000,000. Anda boleh memilih nama pasukan anda sendiri dan akan memikul tanggungjawab untuk menerima pengurus lain ke dalam pasukan anda. Pengurus akan memohon untuk menyertai pasukan anda, dan anda perlu memilih samaada untuk menerima atau menolak permohonan mereka. Jika anda menolak, mereka tidak boleh memohon semula dalam tempoh 2 minggu. Jika anda menerima mereka, mereka akan mengisi salah satu kekosongan dalam pasukan anda; anda mempunyai maksimum 9 kekosongan dalam pasukan. Baki wang anda perlu positif untuk mencipta pasukan.

Sesuatu pasukan akan terus wujud, selagi terdapat sekurang-kurangnya 1 pengurus di dalam pasukan tersebut. Apabila seseorang ketua pasukan membuat keputusan berkenaan permohonan anda untuk menyertai pasukan mereka, anda akan dimaklumkan melalui peti surat anda. Nama pasukan yang berunsur biadab, lucah, atau tidak sesuai akan dikeluarkan, dan pengurus tersebut boleh dihukum, jika terdapat keraguan, hubungi pentadbir sebelum memasukkan nama pasukan anda. Keputusan pentadbir adalah muktamad.

6.2 Sertai pasukan

Kos untuk menyertai pasukan adalah $3.000.000. Anda perlu memohon pada satu pasukan, di mana ketua pasukan tersebut sama ada akan meluluskan atau menolak permohonan anda. Jika diluluskan, anda akan mengambil tempat kosong seterusnya yang terdapat dalam pasukan tersebut. Hanya 3 permohonan maksimum dibenarkan pada satu-satu masa. It is not allowed to join a team after Race 17 of the season, if your positive balance can't cover the cost for it.

6.3 Meninggalkan pasukan

Seseorang ahli pasukan hanya boleh meninggalkan pasukan jika dia meletak jawatan atau jika ketua pasukan memecatnya keluar pasukan oleh sebab ketidakaktifannya (ini hanya boleh dilakukan jika dia tidak aktif selama 4 perlumbaan berturutan). Jika seseorang ahli pasukan meninggalkan pasukan, dia tidak akan mendapat kembali wang yang dibayar untuk menyertai pasukan. Jika seseorang ahli pasukan meninggalkan pasukan, semua ahli pasukan di bawahnya akan meningkat satu kedudukan. Jika seseorang ketua pasukan meletak jawatan, ahli pasukan yang berada di kedudukan kedua akan dinaikkan pangkat kepada ketua pasukan dan nama pasukan akan kekal sama. Selanjutnya apabila seorang ahli pasukan meninggalkan pasukan atas sebarang sebab dalam musim tersebut, pasukan akan kehilangan mata pasukan yang diperolehi oleh ahli tersebut dalam musim tersebut.

6.4 Pendapatan pasukan

Pada hujung musim (selepas kenaikan/penyingkiran dilakukan) setiap pasukan akan menerima $40,000 bagi setiap mata pasukan yang diperolehi sepanjang musim. Jumlah wang akan dibahagikan sama rata antara ahli-ahli pasukan terkini.

Kerana ahli pasukan menyertai perlumbaan sepanjang musim, mata pasukan mereka akan ditambah kepada jumlah mata pasukan. Berbeza dengan sistem kejohanan individu, sistem kejohanan pasukan memberikan mata kepada semua ahli-ahli pasukan yang menamatkan perlumbaan dari kedudukan 1 hingga kedudukan 30. Formula untuk memperolehi mata pasukan dalam perlumbaan bagi sesuatu ahli pasukan adalah: MataPasukan = (31 KedudukanPerlumbaan)/3 * KeberatanKumpulan, di mana KeberatanKumpulan ialah 1 bagi kumpulan Elite, 0.8 bagi kumpulan Master, 0.6 bagi kumpulan Pro, 0.4 bagi kumpulan Amatur dan 0.2 bagi kumpulan Rookie. Semua ini membawa pendapatan mata pasukan seperti dalam jadual berikut:

PosEliteMasterProAmateurRookie
01.10.0008.0006.0004.0002.000
02.9.6677.7335.8003.8671.933
03.9.3337.4675.6003.7331.867
04.9.0007.2005.4003.6001.800
05.8.6676.9335.2003.4671.733
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
26.1.6671.3331.0000.6670.333
27.1.3331.0670.8000.5330.267
28.1.0000.8000.6000.4000.200
29.0.6670.5330.4000.2670.133
30.0.3330.2670.2000.1330.067
Jika seorang pengurus membuat keputusan untuk set semula akaunnya ke Rookie dan telah mendapat mata pasukan untuk pasukannya, selepas perlumbaan terakhir musim tersebut pasukan itu akan dilucutkan kesemua mata pasukan yang diperolehi oleh pengurus tersebut dalam musim berkenaan. Tambahan lagi, hanya ahli pasukan yang setia dengan lebih daripada (bersamaan) 3 musim penuh (51 perlumbaan) dalam pasukan akan memperolehi mata penuh pasukan. Jika seorang ahli tidak menepati syarat tersebut, mereka akan memperolehi 25% mata pasukan untuk 17 perlumbaan pertama, 50% mata pasukan sehingga 34 perlumbaan, dan 75% mata pasukan sehingga 51 perlumbaan dengan pasukan tersebut. Sebagai galakan untuk menerima rekrut baru ke dalam pasukan, ini tidak diaplikasikan kepada pengurus Rookie dan Amatur, yang mana akan sentiasa memperolehi mata penuh pasukan untuk pasukan mereka. Ambil perhatian bahawa pasukan dengan hanya seorang pengurus (ketua pasukan) tidak akan dianggap sebagai pasukan sebenar dan oleh itu tidak akan mendapat sebarang mata untuk kejuaraan pasukan. Tambahan pula untuk mendapat mata pasukan sekurang-kurangnya 2 orang ahli pasukan perlu menyertai perlumbaan (jika hanya seorang pengurus menyertai perlumbaan pasukan tersebut tidak akan mendapat sebarang mata).

6.5 Ketidakaktifan dalam pasukan

Jika pada bila-bila masa semasa musim berlangsung anda tidak menyertai 4 perlumbaan berturut-turut, maka pada setiap perlumbaan seterusnya yang anda tidak sertai anda akan diturunkan satu kedudukan dalam pasukan anda. Ini diaplikasikan kepada ketua pasukan dan juga ahli biasa dalam pasukan dan tidak bergantung pada kumpulan mana yang anda berlumba. Sebagai contoh jika anda pada kedudukan #4 dalam pasukan dan anda terlepas 6 perlumbaan berturut-turut anda akan secara automatik diturunkan ke kedudukan #6, menyebabkan pengurus yang sebelumnya berada di kedudukan #5 akan sekarang berada di kedudukan #4 dan pengurus di kedudukan #6 akan berada di kedudukan #5.

6.6 Undi keluar pasukan

Jika ketua pasukan memutuskan bahawa seseorang ahli pasukan tidak memenuhi keperluan pasukan atas sebab tertentu, dia boleh memulakan "undi keluar" pasukan terhadap ahli pasukan tersebut. Kos undi keluar adalah $3.000.000 untuk dimulakan oleh ketua pasukan, dan tambahan $1.000.000 akan dibayar oleh setiap ahli pasukan yang terlibat dalam undi keluar (termasuk ketua pasukan). Apabila sekurang-kurangya 8 ahli telah menyertai undi keluar ia akan dianggap berjaya dan ketua pasukan dibenarkan untuk memecat keluar pengurus yang diundi keluar daripada pasukan. Undi keluar pasukan berlangsung 2 minggu dari tarikh ia dimulakan dan hanya seorang ahli pasukan boleh diundi keluar pada satu-satu masa. Note that team members who joined the team less than 17 races ago cannot participate in vote outs.

7. Tamat Musim

Selepas perlumbaan terakhir sesuatu musim, bonus 10 kedudukan terbaik akan diberi kepada 10 pengurus berkedudukan terbaik dalam setiap kumpulan (lihat butiran 5.4 atas) selepas itu kita akan memasuki cuti pendek, yang biasanya selama beberapa hari, tetapi kadang kala mungkin lebih atau kurang. Pada masa itu, semua laman persediaan perlumbaan akan ditutup dan tiada lagi keputusan pasukan boleh dibuat, tetapi anda masih boleh melihat kedudukan, tahap kereta dan data kewangan. Seterusnya, skrip tamat musim akan berlangsung, yang mana perkara-perkara berikut akan dilaksanakan.

7.1 Kenaikan/Penyingkiran

4 pengurus teratas setiap kumpulan (kecuali Elit) akan dinaikkan secara rawak ke kumpulan baru, satu tahap lebih tinggi daripada tahap mereka sebelum ini. 16 pengurus terbawah setiap kumpulan (kecuali Rookie) akan disingkirkan ke satu tahap lebih rendah. Mana-mana pengurus, yang menamatkan musim di tempat 4 teratas, tetapi dengan baki negatif, tidak akan dinaikkan, dan sebaliknya pengurus tertinggi selepasnya dengan baki positif akan dinaikkan menggantikan tempatnya. Mana-mana pengurus yang menamatkan musim dengan baki negatif akan disingkirkan ke divisyen lebih bawah. Pengurus yang menamatkan musim dengan kedudukan tertinggi di dalam zon penyingkiran tersebut kemudiannya akan mengekalkan kedudukan mereka di dalam kumpulan tersebut. In the lower levels (Pro, Amateur and Rookie) extra promotion spots may occur if managers get retired, reset to Rookie, or deleted due to inactivity in the levels above. To make sure you are not in an additional promotion spot you can check the "All promotions" page at any time during the season.

Ambil perhatian bahawa sekiranya struktur kumpulan dalam mainan ini melalui fasa perkembangan atau pengurangan, bilangan pengurus yang mungkin promot atau relegasi ke kelas lain mainan akan berbeza.To avoid any confusion, make sure you check the span of the promotion/relegation zone in the standings of your own group.

7.2 Perkara-perkara lain

Apabila skrip Tamat Musim dijalankan, kelusuhan semua bahagian diset semula kepada kosong, dan kesemua bahagian kereta anda kekal pada tahap terakhir musim sebelumnya (kecuali kumpulan Rookie). Mana-mana pengurus dengan baki negatif secara automatik akan menjual bahagian kereta dan prasarana mereka pada separuh harga, bermula dengan tahap tertinggi, sehinggalah mereka mencapai baki positif. Jika baki pengurus masih lagi negatif selepas itu, pengurus tersebut akan menerima derma daripada GPRO FIA yang akan melangsaikan baki hutangnya dan dia akan memulakan musim baru dengan $0. Peringkat berikutnya pengurus akan dikenakan cukai berdasarkan data 7.3 dibawah.

Untuk pengurus di kumpulan Rookie baki wang, bahagian kereta, kakitangan dan prasarana, rundingan tajaan, mata karakter kereta dsb. akan diset semula pada permulaan setiap musim. Hanya satu perkara yang kekal untuk pengurus antara setiap musim adalah pemandu sekiranya attribut keseluruhannya tidak melebihi 85.

Wang mata dan wang pasukan diperolehi di musim sebelumnya akan dibayar kepada setiap pengurus.

Akaun setiap pengurus di Rookie akan diset semula.

Semua pengurus yang menyertai kesemua 17 perlumbaan dalam musim sebelumnya akan menerima bonus $5.000.000 (termasuk pengurus di Rookie).

Sesiapa pengurus yang memulakan musim baru di Rookie akan dikenakan penalti kewangan berjumlah $200.000 untuk setiap mata atas 50 mata yang dia mencapai pada musim lepas. Panalti ini tidak akan dikenakan kepada pengurus yang tamat musim lepas di Rookie dengan baki positif.

7.3 Cukai

7.3.1 Cukai penyingkiran

Pengurus yang disingkirkan ke kelas bawahan akan dikenakan cukai seperti berikut:

Untuk penyingkiran dari Elit ke Master 70% daripada wang melebihi $50.000.000 akan dibayar sebagai cukai.

Untuk penyingkiran dari Master ke Pro 70% daripada wang melebihi $40.000.000 akan dibayar sebagai cukai.

Untuk penyingkiran dari Pro ke Amatur 70% daripada wang melebihi $30.000.000 akan dibayar sebagai cukai.

Contoh: jika anda tersingkir dengan $100.000.000 dari Elit ke Master, anda perlu membayar 70% daripada $50.000.000 yang mana berjumlah $35.000.000 sebagai cukai penyingkiran.

70% cukai untuk pengurus yang tersingkir akan dikenakan sebelum 25% cukai kasual (diterangkan di bawah) yang mana ia dikenakan kepada semua pengurus yang mempunyai lebih daripada $50.000.000 selepas musim diset semula.

7.3.2 Cukai kasual

Pengurus akan dikenakan cukai ke atas wang mereka jika melebihi $50.000.000 pada kadar 25%. Sebagai contoh jika pengurus dengan $65.000.000 akan dikenakan cukai seperti berikut:

$65.000.000 - $50.000.000 = $15.000.000

25% daripada $15.000.000 adalah $3.750.000. Jadi pengurus tersebut akan membayar cukai $3.750.000 pada akhir musim.

8. Pelbagai

8.1 Ketidakaktifan dan bersara daripada permainan

Pengurus di Rookie yang terlepas 3 perlumbaan berturut-turut dan mempunyai 0 jumlah perlumbaan GPRO sejak penyertaan mereka akan dikeluarkan daripada permainan dengan serta-merta, selain itu mereka akan dikeluarkan jika mereka terlepas 5 perlumbaan berturut-turut dan jika terdapat pengurus di senarai menunggu yang menantikan kekosongan tempat. Pada penghujung musim pengurus di Amatur yang tidak menyertai 6 perlumbaan terakhir musim tersebut, pengurus di Pro yang tidak menyertai 9 perlumbaan terakhir musim tersebut, pengurus di Master yang tidak menyertai 12 perlumbaan terakhir musim tersebut dan pengurus di Elit yang tidak menyertai 15 perlumbaan terakhir musim tersebut akan dikeluarkan daripada permainan sebelum musim berikutnya bermula. Jika terdapat keperluan lebih ramai pemain daripada Pro, Amatur dan Rookie akan dinaikkan untuk memenuhkan kekosongan di kumpulan lebih tinggi.

Anda juga boleh memohon untuk bersara pada akhir musim. Ini hanya dapat dilakukan hanya jika anda menghantar permohonan kepada salah seorang pentadbir sebelum tamat perlumbaan ke-16 musim tersebut.

8.2 Set semula akaun anda

Jika anda dalam Rookie dan telah menyertai kurang daripada 17 perlumbaan anda boleh set semula akaun anda dengan menggunakan pilihan "Set Semula Akaun" di halaman "Tetapan Akaun". Sekiranya anda telah menyertai lebih daripada 17 perlumbaan anda perlu menunggu musim berikutnya bermula dan atas sebab semua akaun di Rookie diset semula pada permulaan musim ini adalah peluang anda untuk mempunyai akaun anda diset semula. Gunakan baki musim untuk bereksperimen dan belajar!

Jika anda dalam Amatur, Pro, Master atau Elite dan ingin akaun anda diset semula anda boleh menggunakan pilihan "Set Semula Akaun" di halaman "Tetapan Akaun" sebelum Perlumbaan 15 tamat dalam musim tersebut. Anda akan dipindahkan ke salah satu kumpulan Rookie dan akan anda akan diset semula apabila musim baru bermula. Anda juga akan kehilangan pemandu semasa anda (jika anda mempunyai satu) tanpa mengambilkira nilai keseluruhannya.

8.3 Membenarkan pengurus lain mengendalikan akaun anda

Anda boleh mengizinkan pengurus lain untuk mengendalikan akaun anda (sebagai contoh semasa anda bercuti), hanya jika anda tetapkan tempoh percutian dan pengurus yang bertanggungjawab sebelum tempoh itu berpandukan arahan pada halaman percutian. Selepas ini dilakukan anda tidak perlu memberikan perincian log masuk anda kepada pengurus yang bertanggungjawab mengendalikan akaun anda. Pengurus tersebut akan dapat log masuk ke akaun anda daripada halaman percutian sehingga tamat tempoh percutian atau dibatalkan oleh anda. Sebarang penyalahgunaan pada halaman percutian boleh dihukum dengan pembatalan kesemua akaun yang terlibat.

8.4 Berbilang akaun

Hanya satu akaun dibenarkan untuk seorang pemain, dan satu pemain untuk satu komputer. Berbilang akaun tidak dibenarkan! Jika kami dapati pada bila-bila masa seseorang mempunyai lebih daripada satu akaun, atau lebih daripada satu akaun digunakan pada komputer yang sama (kecuali pada kes yang diterangkan di 8.3) maka kami berhak untuk menutup salah satu atau kedua-duanya sekali tanpa sebarang notis peringatan.

9. Komuniti

Komuniti adalah satu bahagian penting dalam GPRO, kami mahukan satu komuniti yang menyeronokkan dan hebat dan kami telah menyediakan tiga cara untuk anda berkomunikasi dengan rakan-rakan pengurus anda.

9.1 Forum

Semua pengguna, yang didaftarkan dan diluluskan oleh pentadbir, berhak untuk menggunakan forum. Bahasa rasmi forum adalah Bahasa Inggeris. Bahasa lain hanya boleh digunakan di forum bahasa lain-lain sahaja. Peraturan forum ini adalah:

• Tiada bahasa penyerangan, kasar atau diskriminasi
• Tiada penghinaan atau kekacauan pengurus lain
• Tiada bahan agama, politik atau yang tidak berpatutan
• Tiada perbincangan yang berkaitan dengan pengedaran atau penggunaan bahan berhak-ciptaan secara haram
• Tiada iklan (kecuali yang diluluskan oleh Krew GPRO)
• Tidak mengirim pautan rujukan dalam apa jua bentuk
• Jangan cuba mengelak larangan membuat pengiriman, atau mambuat pautan, kepada laman web yang disenarai-hitamkan
• Tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai mainan GPRO
• Jangan mengirim di forum mengenai mesej peribadi tanpa kebenaran pengirim
• Jangan membuat pengiriman bagi pihak pengurus lain - semua pegurus ada kebebasan mambuat pengiriman sendiri kecuali pengurus yang masih dilarang membuat kiriman dalam suatu topik atau seluruh forum, dan bagi mereka yang dalam larangan kriman mereka adalah tidak dibenarkan, walaupun daripada pihak yang lain
• Tiada pengiriman terus terang yang dikira tidak berkaitan dengan subjek
• Membuat topik baru dalan forum yang berkaitan
• Sentiasa mempelihara ketepatan informasi dalam Newbie Forum (Forum Pendatang Baru) dan setiasa membuat perbincangan berkaitan
• Forum-forum individu (seperti Newbie/Pendatang Baru, Team Recruitment/Pengambilan Ahli Baru Pasukan and Cadangan) mempunyai garis bantuan/peraturan mereka masing-masing dimana mereka boleh didapati di bahagian atas forum apabila mereka dipaparkan untuk dibaca, oleh itu sila memahami mereka sebelum anda membuat kiriman dalam forum-forum tersebut
• Jangan membuat teguhan atau perbincangan "double account" (akaun sampingan) mahupun dari segi kes-kes sebenar atau dirasakan benar, dahulu atau sekarang (jika anda ada kecurigaan terhadap akaun sampingan, sila berhubungi Mr Shadow secara terus)
• Pemantauan pasif tidak dibenarkan; jangan membuat teguran kepadan pengurus lain atas kelakuan mereka dalam forum dan jika anda mendapati ada pelanggaran peraturan forum, sila berhubungi mod forum/pemantau forum
• Tiada kelakuan spam forum atau membuat pengiriman tidak bermakna
• Gunakan etika forum yang baik termasuk, tetapi tidak terhad kepada, elakkan penjeritan (penggunaan huruf besar) dan elakkan pengiriman berturut-turut apabila "edit" adalah bersesuaian
• Selalu berpatut kepada arahan yang diberi kepada anda daripada sesiapa ahli krew terhadap perkara kelakuan forum dan peti-surat
• Keputusan moderator adalah muktamad

9.2 Bilik bual

Bahasa rasmi dalam bilik bual adalah Bahasa Inggeris. Bahasa lain tidak dibenarkan di dalam bilik bual. Dilarang sama sekali untuk menyamar sebagai mana-mana kakitangan GPRO di dalam bilik bual. Peraturan untuk bilik bual adalah sama seperti peraturan untuk forum.

9.3 Mesej peribadi (Peti surat)

Anda boleh menghantar mesej peribadi kepada semua pengurus, moderator dan pentadbir melalui peti surat dalaman. Peraturan yang anda perlu patuhi semasa menggunakan peti surat adalah seperti berikut:

• Bahasa yang sopan dan tidak keterlaluan
• Tidak menghina pengurus lain
• Tidak mengiklankan apa-apa dalam apa jua cara

Jika anda menyalahgunakan peti surat dalam apa jua cara, penggunaan anda kepadanya akan disekat.

Peraturan permainan
Terakhir dikemaskini: Mac 28 2021, 12:35:01 (tidak dikemaskini!)